fbpx

Lelaki jalani ritual ilmu hitam maut ditetak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shabanov dibunuh menggunakan kapak ketika melakukan ritual untuk menyelamatkan perkahwinannya dengan Lyubov. - Mirror UK

ASTRAKHAN, RUSIA – Seorang lelaki maut akibat ditetak dengan sebilah kapak selepas melakukan satu ritual ilmu hitam yang diadakan bagi menyelamatkan rumah tangganya, lapor akhbar Mirror UK.

Anton Shabanov, 33, memilih untuk menggunakan ilmu hitam bagi menyelamatkan perkahwinannya yang hampir gagal selepas isterinya, Lyubov, 29, meninggalkannya setahun selepas berkahwin, lapor Jawatankuasa Penyiasatan Rusia.

Jurutera tersebut bagaimanapun mendapatkan khidmat seorang penipu, Nikolay Ivanov, 32, untuk melakukan upacara ritual dengan mengebumikan harta benda mereka di sebuah hutan berhampiran.

Ketika upacara tersebut berlangsung, Shabanov dan Lyubov dihina oleh Ivanov sehingga mencetuskan pergaduhan yang ganas.

Menurut Jawatankuasa Penyiasatan Rusia, semasa menggali lubang, Ivanov bercakap perkara negatif mengenai lelaki tersebut dan isterinya sehinggakan mereka bergaduh dan berlakunya pembunuhan.

Ivanov dilaporkan bertindak mengambil sebilah kapak dan membunuh Shabanov dengan menyasarkan pada kepala dan lehernya. 

Dia kemudiannya melarikan diri setelah menutup mayat Shabanov menggunakan ranting pokok.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun setengah ke atas Ivanov serta mengarahkannya membayar ganti rugi sebanyak £20,700 (RM 116,737). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN