fbpx

Pelukan antara 5 ke 10 saat berkesan tingkatkan ‘mood’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelukan yang lebih panjang memberikan impak positif kepada manusia. - Getty Images

LONDON – Satu kajian mendapati bahawa tempoh berpelukan antara lima hingga 10 saat memberikan impak positif berbanding pelukan berdurasi singkat, lapor akhbar New York Post semalam.

Kajian dijalankan sekumpulan pakar psikologi dari Goldsmith, Universiti London itu turut mendedahkan bahawa kedudukan lengan ketika berpelukan tidak mempengaruhi kesannya.

Kajian tersebut disertai oleh 48 orang wanita dan mereka diminta untuk memeluk antara satu sama lain selama satu, lima dan 10 saat. 

Mereka kemudian ditanya tentang perasaan yang dialami selepas pelukan itu berakhir. 

Penyelidik mendapati bahawa pelukan selama satu saat dianggap kurang menyenangkan, manakala pelukan lima saat dan 10 saat menunjukkan kesan yang positif.

Penyelidik berharap untuk melakukan penyelidikan lebih lanjut mengenai tempoh pelukan dan mengaplikasikan hasil kajian itu terhadap robot yang mungkin akan digunakan pada masa akan datang bagi meningkatkan ‘mood’ manusia.

“Ini menunjukkan bahawa pelukan yang sangat singkat kurang menyenangkan daripada pelukan yang lebih lama,” kata pasukan penyelidik tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI