LONDON – Seorang isteri yang berang dengan perbuatan curang suaminya bertindak memasang sepanduk di sebatang jalan bagi mendedahkan sikap lelaki itu kepada pengguna jalan raya, lapor akhbar Daily Star semalam.
“Ian curang terhadap isterinya,” demikian tulisan pada sepanduk itu yang diletakkan di jambatan berdekatan Kirkcaldy, Scotland.
Imej sepanduk itu tular di media sosial dengan orang ramai meninggalkan komen terhadap kejadian tersebut.
“Jika anda mencari nama lelaki ini di Facebook, ia berada pada kategori ‘popular kini’,” komen seorang pengguna media sosial.
Sepanduk itu bagaimanapun sudah dialihkan dari jambatan pejalan kaki itu, namun pengguna media sosial mendakwa ada melihatnya di kawasan tersebut. – AGENSI