fbpx

Laluan darat Singapura-Johor Bahru dibuka 29 November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni (tiga dari kanan) ketika hadir merasmikan pembukaan Four Points By Sheraton Desaru, Kota Tinggi, Johor hari ini.

KOTA TINGGI – Kerajaan negeri Johor mengumumkan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) darat antara Malaysia dan Singapura akan dilaksanakan serentak dengan VTL udara pada 29 November ini.

Berita gembira itu disahkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad yang memaklumkan keputusan diambil hasil perbincangan yang mana turut memutuskan perjalanan darat itu hanya akan merangkumi sempadan pas jangka panjang.

“Saya ada berita baik untuk dikongsikan, kita telah mengadakan komunikasi dengan pihak berkuasa masing-masing di kerajaan persekutuan dan negeri telah sahkan bahawa perjalanan darat akan dibuka 29 November ini.

“Perjalanan darat antara Singapura dan Johor Bahru hanya akan merangkumi sempadan pas jangka panjang, semua untuk mereka yang bekerja atau pekerja di Singapura yang bekerja di Johor Bahru.

“Kerajaan persekutuan mempertimbangkan membuat perjalanan darat antara Singapura dan Johor Bahru dengan kemudahan yang serupa seperti ditawarkan Changi ke KLIA,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan Four Points By Sheraton Desaru di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong memaklumkan, Malaysia dan Singapura akhirnya dapat memulakan kembali perjalanan rentas sempadan melalui udara menggunakan VTL mulai 29 November ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI