fbpx

PGN bangunkan aplikasi pemetaan secara maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong (dua dari kanan) pada majlis pelancaran MyLogistik hari ini.

Oleh SITI AZIELAH WAHI

PUTRAJAYA – Pusat Geospatial Negara (PGN) membangunkan aplikasi MyLogistik iaitu peta maya yang mengandungi Peta Geospatial Fasiliti Logistik dan Jaringan Pengangkutan.

MyLogistik merupakan pemetaan secara maya semua maklumat lokasi infrastruktur logistik yang merangkumi gudang, off-dock depot, stesen penguat kuasa, lapangan terbang, pelabuhan persekutuan, stesen keretapi, lCQS, jeti serta jaringan landasan kereta api dan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, MyLogistik berfungsi sebagai pangkalan data geospatial yang dapat dijadikan sumber maklumat bersepadu yang mendukung ‘evidence-based planning’ bagi mencapai pembangunan infrastruktur dan jaringan logistik lebih terancang, menyeluruh serta efisien.

“Aplikasi MyLogistik ini dapat membantu pemain industri logistik dalam merancang pergerakan barangan yang paling efisien dengan mengambil kira infrastruktur dan ketersambungan yang ada.

“MyLogistik juga akan memberi manfaat kepada agensi kerajaan yang berperanan sebagai penggubal dasar dalam memastikan sektor logistik dapat berkembang maju dan kekal berdaya saing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI