fbpx

Sasar 70 peratus pelatih TVET jadi pekerja mahir menjelang 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hang Soon (tiga kanan) dan Kim Meow (tiga dari kiri) ketika MoU di Menara Top Glove, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM- Kerajaan menyasarkan 70 peratus daripada keseluruhan pelatih Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) menjadi pekerja mahir menjelang tahun 2025.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, beliau optimis sasaran tersebut dapat dicapai setelah melihat semakin ramai belia Malaysia yang mahu menceburi bidang ini.

“Kita juga menyasarkan 20 peratus pelatih daripada 87 kolej vokasional seluruh negara dapat melanjutkan pendidikan ke mana-mana universiti tempatan manakala 10 peratus lagi menjadi usahawan.

“Sukacita ingin memaklumkan bahawa sehingga 31 Oktober lalu, 98.29 peratus pelatih TVET yang berjaya menamatkan pengajian mereka di kolej sama ada menjadi pekerja mahir, melanjutkan pengajian dan menceburi bidang perniagaan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Jelas Hang Soon, beliau berharap pendidikan TVET di negara ini boleh setara dengan negara Jerman memandangkan Revolusi Industri Keempat (IR4.0) semakin pesat di beberapa buah negara lain.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI