fbpx

Ramai waris tidak mohon Bantuan Khas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin ketika ditemui pemberita selepas taklimat persiapan banjir Kelantan di Bilik Gerakan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerima sebanyak 7,000 permohonan atau hanya 23 peratus jumlah keseluruhan yang memohon Bantuan Khas Covid-19 daripada keluarga atau waris pesakit yang sudah meninggal dunia.

Jumlah tersebut sedikit jika dibandingkan jumlah mangsa yang meninggal dunia akibat Covid-19 yang kini mencecah seramai 30,000 orang.

Ketua Pengarah Nadma, Datuk Dr. Aminuddin Hassim, berkata pihaknya mendapati masih ramai waris yang belum memohon bantuan berkenaan meskipun telah dimaklumkan sebelum ini.

“Kita dapati ada beberapa faktor yang menyebabkan waris mangsa tidak berbuat demikian. Salah satunya adalah mereka perlu mengemukakan beberapa dokumen pengesahan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Selain itu, ada waris yang enggan memohon kerana berpendapat mereka tidak perlu menanggung kos sama ada ketika berada di hospital atau proses pengebumian,” katanya selepas menghadiri taklimat persiapan banjir di Kelantan di Bilik Gerakan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, permohonan dibuat waris mangsa akan ditentukan oleh KKM sama ada layak atau sebaliknya untuk mendapat bantuan berkenaan.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI