fbpx

Tidak cukup makanan punca murid hadir ke sekolah setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar murid sekolah yang sedang menikmati makanannya di sekolah.

Oleh HARRITH HISHAM

PETALING JAYA – ‘Rahsia’ seorang murid hadir setiap hari ke sekolah tanpa mengendahkan sistem penggiliran yang ditetapkan terbongkar selepas pendedahan seorang guru.

Guru yang dikenali sebagai cikgu Lynn Ismail berkata, pelajar berkenaan hadir ke sekolah setiap hari kerana ingin menikmati makanan percuma di sekolah kerana dia merupakan penerima rancangan makanan tambahan (RMT).

“Saya tengok dia makan nasi lauk kari ayam dengan lahapnya seolah-olah terlalu lapar, mungkin dia datang ke sekolah setiap hari untuk makan”, ujarnya di laman Facebook.

Perkongsian guru tersebut telah meraih pelbagai reaksi dan simpati daripada pengguna laman sosial.

“Allahuakhbar, semoga anak ini diberikan ilmu bermanfaat,dapat belajar dgn baik dan mengubah nasib keluarganya aaminn,” komen seorang pengguna yang dikenali sebagai Nora Waheeda.

Turut mendoakan buat murid itu adalah seorang pengguna yang dikenali sebagai Umie Zai.

“Ya allah,sekolah tak buka anak ni makan apa, sedihnya kita susah ada lagi orang yang susah dari kita,semoga allah melipat ganda rezeki buat keluarga anak ni”, ujarnya. – K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI