fbpx

Perut semakin besar, Neelofa hamil berapa bulan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMPILAN terkini Neelofa ketika hadir ke sebuah majlis anjuran jenama terkemuka beberapa hari lalu.

PETALING JAYA -Sudah terang lagi bersuluh, begitulah juga mengenai cerita kehamilan selebriti berniqab terkenal Neelofa.

Biarpun masih mengunci mulut dan diam seribu bahasa mengenai cerita kehamilannya, namun semua rahsia tersebut sudah terlerai satu per satu apabila Neelofa seolah-olah membiarkan hanya foto yang berbicara. Dia nampak selesa apabila gambar-gambar terkininya dengan perut yang semakin sarat dikongsikan dalam media sosial.

Kali ini, perut atau ‘baby bump’ bekas pengacara MeleTOP itu kembali mendapat tumpuan selepas adik perempuannya Ameera Khan berkongsi sekeping foto memperlihatkan kakaknya yang sedang sarat hamil hadir ke sebuah kafe jenama terkemuka semalam.

Tidak terhenti di situ, foto tersebut mula tular sejak malam tadi sekali gus meleraikan semua persoalan ramai mengenai cerita kehamilannya.

Rata-rata peminatnya teruja dan mendoakan agar bayi dalam kandungan isteri Harris Ismail itu sentiasa sihat.

Selain itu, ada juga netizen yang sudah mula meneka jantina da. menghitung usia kandungannya iaitu sekitar tujuh atau lapan bulan.

“Sudah tujuh bulan agaknya usia kandungan Neelofa ini,” kata seorang peminatnya.

SEORANG netizen meneka jantina bayi dalam kandungan Neelofa ialah perempuan, manakala seorang lagi mengandaikan kandungan Neelofa kini berusia tujuh bulan.

“Mungkin bayi perempuan ini,” komen seorang lagi pengguna Instagram.

Sehingga kini, Neelofa mahupun Harris belum pernah mengesahkan walaupun khabar angin mengenai kehamilan pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu bertiup kencang.

Malah, Neelofa juga pernah memberitahu dia memilih untuk merahsiakan cerita kehamilan dan hanya akan menguar-uarkan kepada umum mengenai kelahiran.

Untuk rekod, Neelofa selamat bergelar isteri kepada Harris yang juga pendakwah bebas terkenal di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI