PETALING JAYA – Jabatan Imigeren (JIM) akan mengambil tindakan tegas terhadap warga asing yang dilihat melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan juga peraturan yang telah ditetapkan.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, mereka yang ingkar akan berdepan pelbagai tindakan termasuk diusir atau disenarai hitamkan.
“JIM menasihatkan semua warganegara asing mematuhi arahan dan agensi kerajaan berhubung langkah pencegahan pandemik Covid-19.
“JIM tidak akan teragak-agak untuk membatalkan pas dan sebarang kemudahan yang diberikan. Mereka juga akan diusir pulang ke negara asal dan disenarai hitamkan dari memasuki negara ini semula, sepertimana yang diperuntukkan di dalam Seksyen 8 dan Seksyen 9 Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu sidang akhbar hari ini. – K! ONLINE