fbpx

Sebanyak 4,822 OKU bekerja terjejas pendapatan sepanjang pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sehingga 14 Oktober lalu, seramai 4,822 orang kelainan upaya (OKU) yang bekerja terjejas pendapatannya akibat pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, susulan itu, kerajaan akan menyalurkan RM500 sebulan untuk tempoh tiga bulan bermula September hingga November kepada golongan terbabit.

“Antara inisiatif lain yang diambil pihak KPWKM bagi membantu OKU yang terjejas ialah melanjutkan kelulusan Elaun Pekerja OKU (EPOKU) kepada seramai 92,265 penerima tidak mengira status pekerjaan mereka sama ada masih bekerja atau telah kehilangan pekerjaan.

“Selain itu, insentif Pemulih turut ditawarkan oleh kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi membantu majikan mengekalkan pekerja dan mengawal pengurangan bilangan pekerja yang diberhentikan termasuk pekerja OKU,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Sim Tze Tzin (Bayan Baru-PH) meminta KPWKM menyatakan statistik OKU yang telah hilang pendapatan dan pekerjaan akibat pandemik Covid-19 serta bagaimana kerajaan membantu mereka dan tindakan terhadap majikan mereka.

Tambahnya, KPWKM turut jalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menganjurkan Karnival Khas OKU di seluruh negara bagi membantu golongan OKU mendapatkan pekerjaan dan mempromosi faedah menggajikan OKU yang ditawarkan oleh kerajaan kepada majikan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI