fbpx

Jumlah katil Covid-19 kategori tiga hingga lima meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Selangor mencatatkan peningkatan jumlah penggunaan katil sehingga dua peratus bagi kategori tiga, empat dan lima dalam tempoh dua minggu ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, ini berdasarkan jumlah kes baharu harian di negeri antara 1,300 hingga 1,500 kes.

Katanya, situasi penggunaan jumlah katil bukan kritikal di hospital bagi pesakit Covid-19 adalah sebanyak 1,286 katil dengan kadar penggunaan sebanyak 92 peratus.

“Manakala, jumlah terkini katil ICU dan ‘repurposed’ ICU Selangor (termasuk kes Covid-19 dan bukan Covid-19) adalah sebanyak 203 katil, dengan kadar penggunaannya sebanyak 80 peratus.

“Jumlah pesakit ICU terkini yang merupakan kes Covid-19 (disahkan dan disyaki Covid-19) adalah sebanyak 86 kes atau 42 peratus daripada kapasiti ICU di negeri Selangor dan selebihnya merupakan kes bukan Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, setakat ini hanya Hospital Sungai Buloh melaksanakan statusnya sebagai hospital ‘full Covid-19’ manakala hospital hybrid terdiri Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Hospital Selayang, Hospital Serdang dan Hospital Ampang.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI