fbpx

Penggubalan akta perundangan bukan jawapan kepada masalah perkauman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Penggubalan akta perundangan baharu bukan jawapan kepada isu permasalahan perkauman oleh mana-mana pihak yang mengganggu keharmonian negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, advokasi serta usaha-usaha berterusan untuk mendorong dan menggalakkan rakyat supaya mengamalkan sikap-sikap dan nilai-nilai yang bersesuaian dengan negara pelbagai kaum, agama, adat resam dan sebagainya.

“Budaya ini sebenarnya telah kukuh terpahat dalam negara kita, dan tidak boleh dinafikan cuma langkah berterusan untuk menerapkan serta mengukuhkan lagi nilai-nilai saling menghormati atas kepelbagaian kaum.

“Oleh sebab itu, pelaksanaan dan penguatkuasaan berterusan adalah penting, dan kerajaan ingin menegaskan sekali lagi bahawasanya tindakan akan diambil dengan tegas terhadap mana-mana pihak yang menghina mana-mana agama,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor-PH) sama ada kerajaan sedia mempertimbangkan dengan serius untuk mewujudkan Akta Keharmonian Nasional. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI