fbpx

Warta 70 dewan, sekolah jadi PPS banjir di Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM menjalankan pemantauan di Kampung Rantau Panjang, Kuala Selangor, yang dilandar banjir baru-baru ini

KLANG – Sebanyak 70 dewan awam dan sekolah di daerah ini diwartakan menjadi pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya berlaku banjir berskala besar mulai bulan depan susulan Monsun Timur Laut dan fenomena air pasang besar.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang, Mohd. Shahrizal Mohd. Salleh berkata, pelbagai agensi terlibat sudah bersiap siaga menghadapi kemungkinan banjir akibat taburan hujan tinggi.

Mohd. Shahrizal

Menurut beliau, pihaknya bersedia membuka PPS terutama di 11 kawasan utama yang dikenal pasti kekal berisiko banjir.

“Kawasan itu antaranya Kampung Tok Muda, Pulau Indah, Pandamaran, Pelabuhan Klang, Kampung Perepat, Telok Gong dan Pulau Ketam.

“Justeru, kita sudah mewartakan 70 dewan awam dan sekolah untuk dijadikan sebagai PPS jika berlaku banjir besar di Klang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan sebanyak 150 kawasan di sembilan buah daerah di Selangor dengan Klang khususnya melibatkan 26 lokaliti berisiko mengalami banjir dan banjir kilat sehingga Mac depan susulan musim Monsun Timur Laut. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI