fbpx

Dakwah melalui Ome TV, 3 gadis cantik sertai selawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar tiga gadis bersama Ustaz Tido berselawat di Ome TV

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Tido menggunakan Ome tv sebagai pentas untuk berdakwah berkesan selepas tiga gadis cantik menyertainya berselawat.

Mensasarkan golongan muda, lelaki terbabit gemar membuat gelagat lucu dan bersahaja bagi menarik minat anak muda untuk mendengar dan sertai dakwah yang diberikan.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik dalam Facebook miliknya, ketiga-tiga gadis tersebut merupakan pelajar tingkatan 6 di Johor Bahru dalam sesi perkenalan bersamanya sebelum meminta mereka untuk berselawat.

Susulan itu, lelaki tersebut terkejut dan terkesan dengan suara dan alunan selawat yang dibawakan oleh gadis berkenaan.

Hantaran tersebut telah berjaya mencuit hati orang ramai yang turut memuji suara ustaz dan gadis-gadis itu.

“MaSyaAllah Tabarakallah, merdunya suara dia,” komen seorang pengguna yang ingin dikenali sebagai Saodah Ribot.

Menurut seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Asiah Sumari meluahkan bahawa hatinya menjadi tenang apabila mendengar lelaki itu mengaji.

“Saya memang selalu mengikuti ‘live’ ustaz, saya suka cara penyampaian dakwah ustaz. Tenang rasa hati bila mendengarkan lantunan suara ustaz mengaji”, jelasnya.

Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 700,000 kali dan mendapat lebih 300 komen. -K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI