fbpx

IPD Seberang Perai Tengah dirasmikan selepas 15 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli menandatangani plak ketika merasmikan IPD Seberang Perai Tengah di Bandar Perda, Bukit Mertajam hari ini.

SEBERANG PERAI – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di Bandar Perda, Bukit Mertajam di sini dirasmikan selepas 15 tahun diduduki.

Perasmian IPD itu disempurnakan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Ramli Din dalam satu acara hari ini.

Mula beroperasi sejak 2006, IPD tersebut ketika ini mampu menempatkan sehingga hampir 70 pegawai dan lebih 300 anggota.

Menurut Ramli, pihaknya mengambil masa yang agak lama sebelum merasmikan bangunan berkenaan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

“Walaupun IPD telah beroperasi, kita kena rancang juga bajet-bajet yang berkaitan seperti pejabat (polis) daerah, pondok polis dan sebagainya. Semua perancangan ini mengambil masa dan ia tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa,” katanya pada sidang akhbar sejurus majlis perasmian berkenaan.

Jelas Ramli lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sentiasa berusaha untuk menaik taraf mana-mana IPD dan ibu pejabat polis kontinjen (IPK) di seluruh negara dari semasa ke semasa.

“Dalam hal ini, keutamaan kita ialah untuk IPD-IPD yang (keperluannya) mendesak dan kita akan bermesyuarat untuk memilih IPD berkenaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI