fbpx

Ebby Yus cari jururawat yang selamatkan nyawanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebby Yus mencari jururawat yang menyelamatkan nyawanya.

PETALING JAYA – Pelakon dan pelawak Ebby Yus mencari seorang jururawat yang pernah merawatnya setelah pengsan akibat serangan jantung sewaktu dalam penerbangan untuk menunaikan ibadah umrah pada Oktober lalu.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Ebby atau nama lengkapnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, meminta jururawat tersebut supaya menghubunginya menerusi Instagram jika terbaca pesanan tersebut.

“Assalamualaikum. Saya ingin mencari jururawat yang pernah membantu saya ketika saya sakit di dalam penerbangan sewaktu perjalanan menunaikan ibadah umrah.

“Katanya, dia bekerja di Riyadh, Arab Saudi. Minta tolong hubungi saya (DM) ya. Terima kasih,” tulisnya dalam Instagram.

Perkongsian pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut itu turut mendapat perhatian pengikutnya dalam Instagram apabila rata-rata mendoakan supaya usahanya untuk menjejaki jururawat tersebut dipermudahkan.

“Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan abang Ebby,” kata salah seorang pengikutnya.

Difahamkan, Ebby sebelum ini dibantu jururawat terbabit yang memberikannya rawatan awal selepas dia mengalami serangan jantung akibat terkejut apabila pesawat yang dinaikinya bergegar ketika dalam penerbangan ke Mekah pada Oktober lalu.

Disebabkan masalah kesihatan, dia terpaksa ditahan di sebuah hospital di Maldives hingga terlepas peluang untuk menyertai jadual rombongan umrahnya seperti yang dijadualkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI