fbpx

Cuaca cerah pada pagi, ribut petir waktu petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini melaporkan gema radar menunjukkan keadaan cuaca yang cerah bagi hampir kesemua negeri sekitar semenanjung pagi ini termasuk di Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia melalui laporan cuaca di YouTube berkata, keadaan lembab melibatkan beberapa kawasan di Perak dan Pahang.

“Di kawasan perairan semenanjung, terdapat beberapa kawasan yang sedang mengalami hujan beserta ribut petir dan berbahaya bagi bot-bot kecil serta aktiviti laut.

“Bagi tinjauan cuaca sebelah petang pula, dijangkakan keadaan hujan beserta ribut petir di bahagian pendalaman dan Pantai Timur Semenanjung yang akan berlarutan sehingga ke malam,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, bagi Sabah dan Sarawak pula hujan serta ribut petir hanya dijangka akan berlaku di sekitar bahagian Sandakan dan Tawau bagi negeri Sabah, juga di sekitar bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei, Betong dan pendalaman di negeri Sarawak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI