fbpx

68 kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 68 kes kematian Covid-19 direkodkan termasuk satu daripadanya dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

Menurut data pada laman web CovidNow, angka tersebut menjadikan jumlah terkini kematian Covid-19 di seluruh negara sebanyak 29,837 kes.

“Terdapat 12 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID terkini sebanyak 6,036 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kematian dilaporkan di Perak (13), Selangor (10), Terengganu (9), Sarawak (8), Johor (4), Kedah (4), Kuala Lumpur (4), Kelantan (3), Melaka (3), Negeri Sembilan (3), Pahang (3), Sabah (3) dan Pulau Pinang (1) serta tiada kematian di Perlis, Labuan dan Putrajaya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI