fbpx

WZ Satu cadang ambil alih CESSB dengan nilai RM140 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA –  WZ Satu Berhad (WZ Satu) bercadang  mengambil alih keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Citaglobal Engineering Services Sdn. Bhd. (CESSB) daripada Citiglobal Sdn. Bhd. dengan pertimbangan pembelian indikatif sebanyak RM140 juta.

Cadangan pengambilalihan itu hadir bersama jaminan keuntungan bersih agregat sebanyak RM60 juta untuk tiga  tahun kewangan penuh berakhir 2022, 2023 dan 2024.

Berhubung cadangan pengambilalihan tersebut, WZ Satu telah memeterai perjanjian terikat (BA) dengan Citiglobal untuk meneroka dan mengadakan rundingan lanjut eksklusif membabitkan cadangan tersebut.

CESSB ialah sebuah syarikat sendirian berhad milik bumiputera dengan pesanan kontrak kira-kira RM500 juta dan ia terlibat terutamanya dalam perkhidmatan perundingan kejuruteraan dan perkhidmatan lain yang berkaitan.

Pengerusi Eksekutif WZ Satu, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria  berkata, menerusi cadangan pengambilalihan tersebut,  WZ Satu akan menjadi syarikat utama dan mahu membawanya berjaya hingga ke tahap yang lebih tinggi.

“Sebagai permulaan, kami akan membuat transformasi ke atas WZ Satu. Ini boleh dilakukan dengan jaminan keuntungan yang ditawarkan oleh Citiglobal.

“ Kami sudah meninjau dan mengenal pasti lebih banyak projek untuk dibida kerana kami telah bersedia,” katanya dalam kenyataan.

Selain menjadi Pengerusi Eksekutif  dan pemegang saham utama WZ Satu dengan memiliki kepentingan sebanyak 23 peratus, Mohamad Norja ada Pengasas dan juga Pengerusi Eksekutif Citiglobal.

Norza mula menjadi pemegang saham WZ Satu pada 4 Februari 2020, apabila mengambilalih 10.95 peratus kepentingan dalam syarikat dan sejak itu beliau konsisten meningkatkan pegangannya dalam WZ Satu.

Dalam cadangan pengambilalihan tersebut, Norza akan membawa syarikat persendirian, CESSB ke dalam WZ Satu, sehubungan itu, pegangan sahamnya bertambah kepada 60 peratus sebaik perjanjian tersebut dimuktamadkan.

WZ Satu telah mencatat kerugian sejak 2018 dan bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2021, syarikat itu mencatatkan kerugian bersih RM2.03 juta dengan pendapatan berjumlah RM127.7 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI