fbpx

MSD mula bersiaran secara online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZULQARNAIN pada sesi taklimat mengenai MSD 2021 secara maya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Minggu Saham Digital (MSD) 2021 yang bersiaran secara online bermula semalam sehingga 23 November 2021 bakal dilancarkan secara rasmi pada tengah hari ini.

Pelancaran inisiatif literasi kewangan dan pelaburan anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu, yang membawa tema #LaburBersama akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

MSD adalah adaptasi digital Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang telah dianjurkan secara fizikal selama dua dekad sejak tahun 2000 hingga 2019.

Acara digital tersebut kini dapat diakses masyarakat di mana juga mereka berada, semudah sentuhan di hujung jari.

Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn dalam satu kenyataan berkata, MSD yang julung-julung kali diadakan tahun lalu telah mendapat sambutan yang sangat baik de­ngan lebih dua juta tontonan.

“Fokus PNB adalah mencipta nilai dan menghasilkan pulangan lestari jangka panjang untuk pemegang unit.

“Usaha ini seiring dengan komitmen kami meningkatkan standard literasi kewangan dan memperkasakan rakyat Malaysia membuat keputusan kewangan yang lebih baik demi masa depan mereka.

“Selaras objektif MSAM, MSD kekal sebagai platform literasi kewangan bersepadu PNB untuk mencapai matlamat ini,” katanya.

Selain berkongsi meningkat­kan kesedaran untuk menyim­pan, berkongsi maklumat ber­kaitan pengurusan kewangan dan trend pelaburan terkini, MSD 2021 turut menyediakan peraduan #JomKiraDuit yang menawarkan pelbagai hadiah bernilai lebih RM500,000 termasuk e-baucar, motosikal dan kereta.

Untuk turut serta, rakyat Malaysia dijemput melayari laman web rasmi MSD di www.minggusahamdigital.com.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI