fbpx

Aidil yakin KDA FC sedia lakar kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KDA FC perlu memberi tumpuan untuk memburu gol pada aksi kedua bagi memastikan mereka berjaya mencuri slot ke perlawanan separuh akhir. – FB KDA FC

Oleh MOHD RIFAAT ABD HAMID

PENGENDALI Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak menaruh kepercayaan kepada anak-anak buahnya untuk turun memberi tentangan hebat ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

Menurut Aidil Sharin, para pemain berada dalam ‘mood’ terbaik dan bersemangat untuk menampilkan aksi terbaik dalam perlawanan tersebut

Katanya, walaupun gagal membawa bekalan jaringan pada saingan itu, namun ia sama sekali tidak melunturkan semangat anak-anak buahnya.

“Keyakinan pemain sema­kin tinggi untuk bertarung de­ngan JDT selepas mereka dapat beraksi dengan baik pada 90 minit pertama walaupun tanpa dua tonggak import,” katanya.

Pada perlawanan suku akhir pertama yang berkesudahan seri 0-0, KDA FC hanya menurunkan dua pemain import iaitu Kpah Sherman dan Renan Alves untuk memperkuatkan pasukan, sementara tiga lagi pemain import iaitu Kipre ­Tchetche, Rabih Ataya dan K. Anumanthan tidak beraksi.

Ataya dan Anumanthan tidak dapat diturunkan kerana menyertai skuad kebangsaan masing-masing untuk aksi antarabangsa, manakala ­Tchetche masih belum pulih daripada masalah kecederaan

Katanya, kehadiran ­Tchetche pada perlawanan kali ini amat ditagih bagi membantu memantapkan lagi kekuatan jentera serangan Kedah.

“Peranan Kipre penting untuk digandingkan dengan Kpah di bahagian jentera serangan untuk memburu gol pada aksi kali ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI