PETALING JAYA – Roti canai merupakan makanan popular di Malaysia. Namun tidak ramai yang mahir menebar roti canai dengan hasil yang terbaik.
Aksi seorang chef yang sedang menebar roti canai menjadi tular apabila roti canai yang diterbangkan ke udara akhirnya mendarat di atas kepala pelanggan yang berada di hadapannya.
Video yang tular di laman TikTok milik @beveline_yen berjaya mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya terhibur dengan kejadian yang berlaku.
“Berdekah aku gelak ya Allah,” kata @Myza
“Alamak, roti canai salah ‘landing’ la, terbang tinggi dah betul, tapi salah tempat mendarat,” kata @Nazran_my
“Abang tu ‘auto’ berhijab la pula, memang tak sangka akhir video macam tu,” ujar @uglyWawa
Dalam pada itu, video tersebut turut diserikan dengan belatarbelakangkan lagu ‘helikopter’ yang dikatakan sesuai dengan kejadian yang berlaku.
Sehingga kini, video tersebut menerima lebih 2.4 juta tontonan dengan 296,600 tanda suka. – K! ONLINE