fbpx

Ramai bengang ‘Karen’ bebas tanpa pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian seorang wanita memaparkan gambar 'Karen' yang didakwa tidak memakai pelitup muka dipercayai di sekitar kawasan Suria Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.

PETALING JAYA – ‘Saya sangat marah sebab orang Malaysia pun patuh SOP tapi individu ini boleh jalan sesuka hati tanpa memakai pelitup muka?’.

Itulah perkongsian seorang wanita di laman sosial Twitter setelah berang dengan tindakan ‘Karen’ yang didakwa tidak memakai pelitup muka dipercayai di sekitar kawasan Suria Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh wanita tersebut, dapat dilihat individu berkenaan berjalan dengan bersahaja tanpa mengenakan sebarang pelitup muka.

Ketika kejadian, wanita itu berkongsi kisah hendak mengambil gambar ‘selfie’ (swafoto) tetapi dihalang oleh pihak berkuasa di sana sehingga menyebabkan beliau berasa tidak berpuas hati.

“Saya marah sebab hari itu masa ‘strolling’ (berjalan-jalan) dengan anak, saya pergi tengok air pancut dekat KLCC sebab masa itu hari minggu jadi kawasan itu tak ada orang.

“Saya pun buka ‘mask’ (pelitup muka) sebab nak ‘selfie’ ambil gambar dengan anak, tiba-tiba polis datang tiup wisel dan cakap dekat sini tak boleh buka ‘mask’, habis itu Karen tadi itu tak apa?,” soalnya di dalam Twitter.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa marah terhadap ‘Karen’ dan orang ramai juga mempersoalkan adakah pihak berwajib akan mengambil tindakan terhadap individu tersebut.

“Sebab ‘Karen’ ini banyak sumbang bayar cukai dekat Malaysia, sebab itu tak berani nak hantar balik, kalau hantar balik mesti kurang hasil cukai,” kata @Jeremyx_s.

“Apa khabar @Khairykj dah bersepah gambar ‘Karen’ ini tak pakai pelitup muka, takkan diam sahaja kalau dekat rakyat laju sahaja ambil tindakan,” jelas @Ssupqwerty.

“Ini kalau tak ada tindakan juga, tak tahu nak komen apa sebab ‘law’ (undang-undang) macam cacar merba, rakyat sendiri bukan main laju nak saman, si ‘Karen’ ini boleh relaks sahaja,” ujar @Donatroy.

Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih 4,851 ulang ciap dan 3,330 tanda suka di Twitter. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI