fbpx

Comel Ayash Affan, lebih 100 hari Siti Sarah pergi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYASH AFFAN

PEJAM celik, rupa-rupanya sudah lebih 100 hari Allahyarham Siti Sarah pergi meninggalkan kita semua.

Namun, dalam ketiadaan arwah, empat orang anaknya dijaga baik oleh Shuib dan ahli keluarga lain.

Paling mencuri perhatian semestinya keletah anak keempat mereka, Ayash Affan yang kini sudah berusia empat bulan.

Ramai yang geram dengan kecomelan Ayash yang semakin membesar. Badan pun semakin ‘sihat’. Ramai yang cakap Ayash cukup mirip seperti wajah Shuib.

Ada juga yang mendoakan Ayash dan tiga lagi abang serta kakaknya membesar menjadi anak soleh. Ramai betul yang sayang awak ya Ayash.

MIZZ LAHAR: Ramai puji kecantikan bakal isteri Haqiem Rusli. Ada juga cakap persis mutiara. Betul-betul cantiklah maknanya tu kan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI