fbpx

Suri rumah sembunyi wang dalam akaun bank dijel 7 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Padah menyembunyikan wang sebanyak RM3,100 milik seorang pegawai polis dalam akaun bank miliknya, seorang suri rumah dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nur Maizan Rahim menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Siti Sahara Abdullah ,33, selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan, hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 22 September lalu.

Mengikut pertuduhan, Siti Sahara didakwa telah dengan curangnya menolong menyembunyikan harta iaitu wang berjumlah RM3,100 dalam akaun Bank CIMB kepunyaannya yang mana tertuduh mengetahui wang tersebut bukan miliknya sehingga menyebabkan mangsa yang berusia 31 tahun mengalami kerugian.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium, Taman Bukit Indah di sini pada 18 Mei lalu yang yang didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ameera Sam Kamaruddin memohon mahkamah mengenakan hukuman berat dengan mengambil kira faktor kepentingan awam selain kerugian yang dialami mangsa.

Bagaimanapun Siti Sahara yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya, memohon hukuman ringan dengan alasan tidak bekerja dan merupakan ibu tiga anak.

Mengikut fakta kes, mangsa telah memasukkan wang berjumlah RM3,100 dalam akaun bank atas nama tertuduh.

Jumlah wang yang dimasukkan tersebut adalah caj Kastam bagi pembelian sebuah telefon bimbit dan siasatan mendapati tertuduh menyembunyikan wang itu.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI