fbpx

Bayang-bayang aneh menyerupai makhluk asing dirakam Google Earth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayang-bayang pelik ini kelihatan seolah-olah terapung. - TikTok

WASHINGTON – Satu bayang-bayang aneh menyerupai makhluk asing dikesan di sebuah ‘lokasi terpencil di dunia’ oleh seorang pengguna aplikasi Google Earth, lapor akhbar Daily Star semalam.

Klip video yang memaparkan penemuan itu kemudiannya dikongsi menerusi pemilik akaun TikTok dengan nama @hidden.on.google.earth dan telah ditonton sebanyak dua juta kali.

Menerusi video itu, satu bayang-bayang dapat dilihat di sebuah kawasan terpencil yang berbatu dan dilitupi salji.

Bayang-bayang itu juga kelihatan seperti hampir terapung dan tidak melekat pada badan.

Foto tersebut menarik perhatian netizen yang kemudiannya berkongsi pelbagai pendapat di ruangan komen.

“Makhluk asing datang dan mahu menyapa,” komen seorang netizen.

Seorang netizen yang skeptikal bagaimanapun mengatakan bahawa ia merupakan bayang-bayang kamera yang dipasang pada badan seorang penunggang motosikal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI