fbpx

Nama 50 aksara tular di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR dua kanak-kanak yang dikatakan pemilik nama panjang tersebut dimuat naik di laman Instagram bapa mereka. – INSTAGRAM

JAKARTA – Satu senarai memaparkan nama seorang individu yang unik dan mempunyai panjang melebihi 50 aksara tular di laman sosial baru-baru ini, lapor laman berita suara.com.

Dipetik daripada laman web hops.id, gambar senarai nama tersebut dimuat naik seorang pengguna laman Twitter Selasa lalu.

“Tolonglah, jika anda menjadi ibu bapa kelak, jangan menyusahkan anak dengan memberi nama panjang seperti ini,” tulis pengguna laman Twitter tersebut.

Mesej tersebut memaparkan gambar senarai yang tertera nama anggota sebuah keluarga.

Salah satu nama lengkap dan panjang dalam senarai tersebut adalah Akulah Cinta Di Langit Prudence Lovely Princess Of Awanamp.

Selain itu, seorang pengguna di laman Instagram yang dikatakan bapa kepada pemilik nama panjang tersebut pernah ­memuat naik gambar dua anaknya yang mempunyai nama panjang.

“Kiri, Bening Putri Berkilau Nairinia Aisya Ayunda Molin Molina Princess Of Awanamp 1st, nama panggilan Jotkil, hobi, membaca.

“Kanan, Akulah Cinta Di ­Langit Prudence Lovely Princess Of Awanamp 1st, nama panggilan ­Piyuy, hobi, mengganggu ­kakaknya yang sedang membaca,” tulis pengguna Instagram tersebut.

Paparan tersebut mengundang pelbagai komen netizen. Ada pengguna media sosial yang yang memberikan komen positif, namun ramai juga tidak bersetuju dengan nama panjang tersebut.

“Kesian bakal suami nanti ­ketika ijab kabul, nama sangat panjang untuk disebut,” kata seorang netizen.

“Nama saya hanya ada empat suku kata, tapi sering mengeluh ambil masa lama hendak tulis lebih-lebih lagi ketika peperiksaan atau mengisi borang,” ujar seorang lagi netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI