fbpx

Helang Merah sedia terbang tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPAH dan rakan-rakan sepasukannya sudah bersedia 100 peratus menentang pasukan PDRM di Stadium Kuala Lumpur, Cheras malam ini. – KEDAH FA

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

KEPUTUSAN kurang memberangsangkan dalam beberapa siri perlawanan persahabatan bukan ukuran kepada keupayaan sebenar pasukan Kedah apabila kembali menyambung aksi Liga Super menentang PDRM malam ini.

Menurut penyerang utama Helang Merah, Kpah Sherman, seluruh pasukan kini tampak le­bih bersedia untuk menampilkan aksi terbaik bagi mencatat kemenangan di gelanggang lawan.

“Selepas beberapa perlawanan, saya fikir kami berada pada tahap lebih baik sama ada daripada aspek kecergasan mahupun persefahaman.

“Saya fikir kami telah bersedia sebagai sebuah pasukan untuk memulakan perlawanan esok dan secara peribadi, saya sendiri juga bersedia untuk membuatkan para penyokong berbangga de­ngan pasukan ini,” katanya ketika dihubungi di Alor Setar semalam.

Dalam tiga perlawanan persahabatan sebelum ini, Kedah tewas 1-2 kepada Perak II dan 2-3 kepada Pulau Pinang. Mereka hanya menang sekali 3-1 ke atas UKM FC pada 10 Ogos lalu.

Kpah menambah, ketika ini para pemain kelihatan tidak terkesan dengan apa jua isu di luar padang dengan komitmen 100 peratus sedia diberikan apabila masing-masing turun ber­aksi nanti.

Dalam pada itu Kedah tidak berdepan masalah untuk menurunkan hampir keseluruhan pemain utama termasuk kap­ten, Baddrol Bakhtiar biarpun pemain itu tinggal di kawasan yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) di Sungai Petani berkuat kuasa semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI