fbpx

10 suspek bunuh ah long dilanjut reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang telah ditutupi kain putih di lokasi sebelum ini.

KLANG – Polis mendapat lanjutan reman terhadap 10 suspek yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan seorang ah long sebelum ini di hadapan sebuah restoran di Bandar Bukit Tinggi di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, lanjutan reman selepas tempoh reman terhadap semua suspek berusia 18 hingga 54 tahun itu berakhir hari ini.

Katanya, pihaknya setakat ini masih mengesan senjata yang digunakan dalam kejadian tersebut yang dibuang di Sungai Klang.

“Kita juga sedang mengesan bukti-bukti berkaitan yang lain.

“Berhubung kongsi gelap, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang lelaki dipercayai ah long mati ditetak dengan parang oleh dua penjenayah selepas menikmati makanan bersama dua anak lelakinya di sebuah kopitiam di Lorong Batu Nilam 27A, Bandar Bukit Tinggi, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah hari itu, mangsa berusia 47 tahun sempat melarikan diri di celahan kenderaan sebelum rebah dan maut di hadapan sebuah restoran lain. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI