fbpx

Sindiket dadah rumah setinggan tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Amar ( dua kiri) menunjukkan ganja yang dirampas polis. - Foto oleh AFIQ RAZALI

KLANG – Kegiatan satu sindiket dadah menjadikan rumah setinggan di Jalan Melawis di sini sebagai stor pembungkusan ganja sejak dua bulan lalu berakhir selepas diserbu pihak berkuasa, baru-baru ini.

Dalam serbuan selama sejam bermula pukul 8 malam pada Khamis lalu menahan lapan suspek berusia 21 hingga 49 tahun di dalam dan hadapan rumah tersebut.

Turut ditemukan adalah 40.3 kilogram (kg) ketulan ganja pada tong ikan dan plastik sampah bernilai RM117,000 di sebuah bilik rumah setinggan tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, serbuan itu hasil risikan selama sebulan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor dan daerah ini terhadap markas untuk pembungkusan secara runcit bagi pengedaran dadah sekitar Klang.

Katanya, rumah tersebut juga yang diduduki salah suspek didapati mendapat bekalan elektrik dan air secara haram.

“Ketika serbuan dilakukan didapati tiga berada hadapan rumah manakala lima lgi suspek di dalam setinggan tersebut.

“Dadah berkenaan pula dirampas masing-masing 18 kg dalam tong ikan, beberapa bungkusan kecil di atas tong tersebut dan selebihnya dalam plastik sampah hitam,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau memberitahu, ganja tersebut berkemungkinan baharu sahaja diperolehi mereka untuk dibungkuskan dalam jumlah lebih kecil dengan jualan serendah RM10 bagi sepeket seberat satu gram.

Kata Shamsul Amar, ini susulan penemuan alat penimbang digital dan gulungan plastik pembalut.

“Berdasarkan jumlah ganja yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada 10,000 penagih.

“Kita turut menyita sebuah masing-masing kereta jenis Kia Forte dan motosikal jenis Yamaha Lagenda dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM30,000.

Jelas beliau, ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif ganja selain mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah

“Lapan suspek itu kini direman sehingga 19 November ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI