fbpx

Terengganu terus tuntut baki ‘hutang’ RM1.4315 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri sewaktu menjawab soalan lisan Wan Hapandi pada Sidang DUN Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu masih melakukan perundingan berhubung pembayaran tunggakan ‘hutang’ berjumlah RM 1.4315 bilion yang masih belum dijelaskan kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Ahmad berkata, beliau dimaklumkan Kementerian Kewangan tidak mengiktiraf tunggakan ‘hutang’ berhubung Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKPP) dan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) tersebut.

“Kerajaan Persekutuan melalui surat yang ditandatangani individu dalam MOF (Kementerian Kewangan) tidak mengiktiraf baki tersebut sebagai hutang kerajaan negeri (Terengganu).

“Fakta ini tidak dipersetujui kerajaan negeri (yang) berpandangan masih ada tanggungan kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri yang masih belum selesai dari segi kewangan,” katanya ketika menjawab soalan lisan Wan Hapandi Wan Nik (Pas-Sura) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini hari ini.

Ahmad Samsuri (Pas-Rhu Rendang) berkata, kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah mengeluarkan Kertas Kabinet untuk memberi kelulusan pembayaran tunggakan ‘hutang’ tersebut.

Jelas beliau, malah tunggakan hutang itu telah dibayar oleh kerajaan Persekutuan dalam bentuk pinjaman pembayaran dalam bentuk (PIK) sebelum tahun 2019.

“Sekiranya tidak mengiktirafnya sebagai satu hutang, sudah tentulah (kerajaan Persekutuan) tidak membayar dalam bentuk ‘payment in kind’ (PIK),” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Samsuri memberitahu kerajaan negeri Terengganu terus komited berunding dengan kerajaan Persekutuan bagi memperolehi baki ‘hutang’ terbabit demi kepentingan rakyat negeri ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI