ARAU – Seorang pemuda maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terbabas ke dalam parit di tepi sawah Jalan Alor Redis, Jejawi dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Muhamad Shakir Abdul Jabar, 29, yang menaiki motosikal jenis Kawasaki Z800 datang dari arah Tambun Tulang dan menuju ke Jejawi.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof memberitahu, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa terbabas sendiri sebelum motosikal terjunam ke dalam parit di tepi jalan tersebut.
“Mangsa dari Kampung Tok Pulau, Simpang Empat dekat sini maut di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE