fbpx

Timbalan Panglima TUDM lawat mangsa pesawat Hawk terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Asghar (kanan) di pekarangan Hospital Seberang Jaya (HSJ) pagi ini. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menjalankan siasatan teknikal susulan nahas pesawat Hawk 108 malam tadi.

Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Asghar Khan Goriman Khan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden terbabit.

“Kita akan buat siasatan terperinci,” jawabnya ringkas ketika ditemui pemberita di pekarangan Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini awal pagi tadi.

Sementara itu ketika ditanya mengenai keadaan mangsa, beliau enggan mengulas dan hanya menjawab ‘no komen’.

Beliau tiba di HSJ kira-kira pukul 1.52 pagi dan meluangkan masa hampir 20 minit melawat mangsa yang terlibat dalam nahas itu.

Dalam kejadian terbabit, Kapten Mohamad Affendi Bustamy disahkan meninggal dunia manakala Mejar Mohd Fareez Omar yang mengalami kecederaan dilaporkan stabil.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang terkorban dan seorang cedera selepas pesawat Hawk 108 terhempas di atas landasan Pangkalan Udara Butterworth di sini pada pukul 10.07 malam tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI