fbpx

Dua dentuman sebelum pesawat terbakar di landasan – Saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menurut Mastura, ketika kejadian dia sedang mengemaskan gerai masakan tomyam yang diusahakannya untuk pulang ke rumah yang terletak berdekatan.

SEBERANG PERAI – Saksi kejadian pesawat Hawk 108 yang terhempas di landasan Pangkalan Udara di Butterworth di sini malam tadi mendakwa mendengar dua letupan kuat sebelum melihat api marak di atas landasan.

Seorang peniaga kedai makan di Kampung Benggali, Sungai Puyu, di Butterworth, Mastura Mohammad Nordin, 44, berkata, dia mendengar deruan pesawat yang agak kuat berbanding kebiasaan kerana kedainya terletak berdekatan pangkalan udara itu.

“Saya dengar bunyi agak lain berbanding kebiasaan ketika pesawat masih di udara kerana sudah biasa dengan bunyi pesawat.

“Ketika ia hampir mendarat saya dengar dua dentuman yang sangat kuat sebelum melihat api marak ketika terhempas,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Mastura, ketika kejadian dia sedang mengemaskan gerai masakan tomyam yang diusahakannya untuk pulang ke rumah yang terletak berdekatan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang terkorban dan seorang cedera selepas pesawat Hawk 108 terhempas di atas landasan Pangkalan Udara Butterworth di sini pada pukul 10.07 malam tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI