fbpx

Itali pilih jalan sukar ke Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANCINI mengakui skuad kendaliannya masih antara pasukan terkuat dan berpeluang untuk ke Piala Dunia biarpun terpaksa beraksi di pusingan playoff. – AFP

BELFAST – Biarpun gagal untuk meraih slot automatik ke pusi­ngan akhir Piala Dunia 2022, pengendali Itali, Roberto Mancini masih menyifatkan pasukannya itu sebagai salah satu pasukan yang hebat.

Awal pagi semalam, skuad The Azzurri sekadar seri tanpa jaringan menentang Ireland Utara sekali gus menyaksikan juara Euro 2020 sekadar berada di kedudukan kedua Kumpulan C dan perlu bersaing pada aksi playoff.

“Saya kecewa. Kami membuatkan hidup jadi sukar dan pusingan kelayakan ini sepatutnya sudah dapat dihabiskan dalam dua perlawanan sebelum ini.

“Kami ada peluang, tetapi tidak memanfaatkannya. Sekarang kami perlu berpijak di bumi nyata, masih lagi ada peluang untuk layak ke Piala Dunia,” kata Mancini.

Keputusan seri ketika menentang Switzerland sebelum ini juga menjadi antara detik pa­ling memberikan kesan ketika Jorginho gagal menyempurnakan penal­ti untuk mengesahkan kemenangan.

Ketika ada pertikaian mengenai peluang Itali layak ke Piala Dunia, Mancini kekal yakin yang peluang The Azzurri masih lagi ada.

“Saya masih yakin bahawa kami adalah pasukan yang hebat. Ini detik sukar dan kami perlu mencari semula ketenangan untuk aksi Mac ini.

“Kami menentang Ireland Utara, sebuah pa­sukan yang hanya bertahan. Masih banyak peluang untuk kami bermain dan meraih kemenangan.

“Saya yakin kami akan ke Piala Dunia. Kami masih ada dua perlawanan dan kami akan pastinya ia berlangsung dengan cara yang betul,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI