fbpx

Lelaki putus cinta menangis berguling-guling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tersebut menangis dan meraung sambil merayu kepada kekasihnya agar tidak memutuskan hubungan mereka. – Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video memaparkan aksi seorang lelaki yang menangis teresak-esak kerana ditinggalkan kekasih menjadi tular di media sosial dengan ramai netizen meluahkan rasa simpati malah, ada yang  kagum atas ketulusan hati lelaki tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi klip video yang dikongsikan, lelaki tersebut pada awalnya kelihatan sedang bercakap dengan kekasihnya menggunakan telefon bimbit di atas sebuah kapal.

Bagaimanapun, ekspresi wajahnya secara tiba-tiba berubah apabila kekasihnya meminta untuk memutuskan hubungan mereka sehingga menyebabkannya menangis dan meraung.

Dia turut berguling di atas lantai dan merayu agar teman wanitanya tidak mengakhiri hubungan mereka.

“Saya tidak mahu putus, saya tidak mahu putus,” kata lelaki tersebut sambil menangis.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai nasihat kepadanya.

“Jangan lemah sahabat. Rajin-rajin bekerja dan cari wang, pasti akan mudah temui pengganti. Kamu hanya perlu memilih yang mana satu sahaja,” kata seorang netizen.

“Begitulah perasaannya apabila kamu jatuh cinta dengan tulus, namun disia-siakan,” kata seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI