fbpx

Gempa bumi sederhana di Lautan Hindi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedudukan Lautan Hindi Selatan yang dilanda gempa bumi sebentar tadi.

PETALING JAYA – Kejadian gempa bumi sederhana berukuran 5.3 skala Ritcher telah berlaku di Lautan Hindi Selatan pada pukul 4.33 petang, hari ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) di laman Facebook memaklumkan, bencana alam tersebut berlaku di koordinat 9.2 darjah Selatan dan 88.4 darjah Timur.

Berdasarkan pemerhatian MetMalaysia, jarak kejadian tersebut berlaku sejauh 1,463 kilometer (km) arah Barat Daya dari Siberut, Indonesia dengan kedalaman 10 kilometer (km).

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian bencana alam itu,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI