fbpx

Tasha Manshahar timang cahaya mata lelaki kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TASHA melahirkan bayi keduanya semalam.

PETALING JAYA – Penyanyi Tasha Manshahar selamat melahirkan cahaya mata keduanya iaitu bayi lelaki semalam.

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri Tasha atau nama lengkapnya Nur Nadia Natasha Mohd. Manshahar, 29, dalam Instagram miliknya.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah saya dah selamat bersalin siang tadi (semalam). Syukur. Saya dan bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.

“Cuma saya perlukan rehat. Bayi kedua saya juga lelaki! Macam mana tu? Saya masih menjadi ‘ratu’ dalam keluarga kecil saya,” tulis Tasha.

Sementara itu suaminya, Raqib Majid turut menzahirkan rasa syukur atas kelahiran anak keduanya semalam dan amat berterima kasih kepada Allah SWT atas zuriat yang dikurniakan.

“Terima kasih Allah SWT mengurniakan seorang lagi ‘hulubalang’ untuk daddy dan mommy (ayah dan ibu) yang akan berjasa kepada keluarga, agama dan bangsa,” ujarnya.

Sementara itu, Tasha yang popular menerusi lagi Bukan Aku turut mendapat ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis yang teruja dengan kelahiran cahaya mata keduanya.

“Alhamdulillah. Tahniah Tasha,” ujar penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi.

“Tahniah sayang,” kata pelakon Ika Nabella.

“Alhamdulillah. Tahniah adik,” ucap penyanyi Syura Badron.

Sekadar info, Tasha mendirikan rumah tangga bersama Raqib pada 8 September 2018 dan hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muamar Rafiqi yang kini berusia tiga tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI