fbpx

Jemaah umrah mohon dos penggalak di MySejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Bakal jemaah umrah boleh memohon dos penggalak vaksin Covid-19 untuk tujuan menunaikan ibadah tersebut dengan membuat permohonan menerusi aplikasi MySejahtera.

Menurut penerangan pada ciapan Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), permohonan itu boleh dibuat pada ‘Helpdesk’ di aplikasi MySejahtera untuk membuat janji temu dos penggalak.

“Langkah pertama ialah klik pada ‘mula’ seterusnya, klik pada ‘janji temu vaksinasi penggalak’ seterusnya muat naik dokumen yang diperlukan bagi membolehkan mempercepatkan permohonan vaksinasi penggalak,” demikian maklumat yang dikongsikan pada Twitter JKAJV di sini hari ini.

Pihak JKAV juga turut memuat naik panduan dan video kaedah mengisi permohonan bagi dos penggalak melibatkan bakal jemaah umrah pada laman Twitter tersebut.

Dalam masa sama sehingga 11.59 malam tadi, sebanyak 1,042,234 dos penggalak sudah diberikan kepada penerima vaksin yang layak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI