fbpx

IKS kaut untung jualan online ketika pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA penggiat IKS di negara ini menerima manfaat berganda ketika negara dilanda pandemik Covid-19 dengan memperkenalkan produk keluaran mereka menerusi pasar secara dalam talian. –GAMBAR HIASAN

INDUSTRI kecil dan sederhana (IKS) adalah sektor yang paling terjejas ekoran pandemik Covid-19.

Sebagai usaha utama pihak berwajib untuk mengatasi masalah ekonomi disebabkan wabak itu, kerajaan dilihat melaksanakan sejumlah program pemulihan berteraskan transformasi perusahaan perniagaan.

Salah satunya adalah program latihan perniagaan dalam talian.

Perusahaan IKS dilihat mengalami penurunan jumlah penjualan dan perolehan semasa pandemik.

Namun, kepesatan ‘pasar’ secara dalam talian di Malaysia telah melahirkan peluang perniagaan baharu bagi penggiat IKS.

Usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak terbabit bertahan selama wabak itu melanda, selain membuka peluang bagi penggiat perusahaan IKS beraksi bukan sahaja di pasaran tempatan, tetapi juga mula untuk berjinak-jinak menembusi pasaran eksport.

Peranan pasar dalam talian atau marketplace ini jelas menunjukkan kemampuan untuk membantu perusahaan IKS bertahan dan mampu juga berkembang sepanjang pandemik.

Hasil tinjauan menunjukkan, pandemik selama lebih setahun telah mempengaruhi penurunan volum penjualan dan perolehan perniagaan di luar talian.

Penurunan penjualan luar talian ini dialami oleh lebih daripada 80 peratus IKS di Malaysia.

Akibatnya, penggiat IKS yang sebelum pandemik hanya berniaga di luar talian, mulai beralih untuk membuka perniagaan dalam pasar digital.

Terdapat juga penggiat IKS yang telah pun menamatkan operasi perniagaan offline mereka dan memberi tumpuan kepada pasar online.

Mereka melihat ini sebagai peluang keemasan dalam mengurangkan kos operasi sepanjang pandemik dan mungkin dikekalkan setelah pandemik berakhir, sekiranya pengguna berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan.

Ada juga pengusaha yang menggabungkan perniagaan mereka.

Sekurang-kurangnya gabungan jualan secara offline dan online menjadikan pasaran dan capaian mereka lebih besar lagi.

Berdasarkan saluran penjualan, perbandingan semasa pandemik dan sebelum wabak, terdapat penggiat perusahaan IKS kini beralih ke pasaran mempunyai saiz pasaran lebih besar.

Ia termasuk peralihan ke media sosial seperti Instagram, Facebook, laman web dan aplikasi lain yang membantu mereka menambah kepelbagaian prospek.

Ini akan menjadikan kumpulan pelanggan mereka lebih kukuh berbanding sebelum pandemik.
Sepanjang pandemik, banyak perusahaan IKS yang meraih manfaat apabila terpaksa mengubah proses perjalanan perniagaan mereka.

GABUNGAN pemasaran secara offline dan online dilihat dapat menjadikan capaian pihak IKS lebih besar lagi di pasaran tempatan. – GAMBAR HIASAN

Walaupun terpaksa, namun ini adalah satu faktor positif yang menjadi pemangkin perkembangan transformasi digital negara yang dilihat agak suram sebelum ini.

Di sebalik kepahitan pandemik Covid-19, sebenarnya ada rahmat dan kebaikan bagi mereka yang berfikiran positif.

Banyak yang berasakan mendapat faedah menjual di pasar dalam talian dalam bentuk pengembangan jaringan pasaran.

Terdapat juga penggiat IKS yang menyatakan, dengan hanya menumpukan keberadaan mereka pada pasar online, dapat menjimatkan kos promosi.

Tidak kurang juga yang mendapat keuntungan daripada peningkatan perolehan jualan akibat perkembangan pasaran.

Sebahagian lagi mengatakan, mereka lebih kompetitif dan memiliki akses mudah ke pasaran eksport.

Selain mendapat pendedahan atau jaringan perniagaan lebih luas, dengan menggunakan platform digital yang lebih praktikal dari segi promosi, mereka dapat menjalankan perniagaan di mana sahaja.

Seperti diketahui, perusahaan IKS merupakan salah satu pemacu ekonomi dan tonggak kelestarian di Malaysia.

Sektor ini telah menyumbang lebih permintaan kepada produk domestik kasar nasional dan mempunyai kaitan terus untuk penyerapan tenaga kerja yang terjejas oleh wabak tersebut.

Diharapkan melalui perkembangan permintaan pasar dalam ini, koordinasi antara penggiat, ekosistem IKS di Malaysia dan elemen masyarakat termasuk kolaborasi kerajaan dan sektor swasta, dapat terus dikembangkan dalam melaksanakan inisiatif untuk memulihkan ekonomi dan masyarakat yang terjejas ekoran pandemik.

Kerjasama daripada pelbagai pihak pada waktu pandemik ini sangat diperlukan dalam mengembangkan potensi produk IKS, terutamanya daripada sektor perusahaan tempatan sebagai penjana pengembangan ekonomi domestik.

Selain itu, kolobrasi pihak kerajaan dan swasta yang mempergiat membangunkan pasar dalam talian dilihat sebagai usaha berterusan membantu menyokong perusahaan IKS terus membina masa hadapan yang lebih kukuh.

Dengan adanya semangat kolaborasi dan tolong-menolong ini, penyedia perkhidmatan pasar dalam talian di negara ini mempunyai misi yang sama dengan kerajaan dalam hal memperkukuhkan IKS tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI