fbpx

Polis kesan individu terlibat pergaduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
logo PDRM
Gambar hiasan.

KAJANG – Pihak polis kini sedang menyiasat satu kejadian dipercayai pergaduhan di antara dua kumpulan susulan penemuan dua buah kenderaan dalam keadaan rosak dengan kesan darah di hadapan lot kedai di Seksyen 5 Bandar Rinching, Semenyih di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 6 pagi memaklumkan tentang satu pergaduhan melibatkan beberapa lelaki lalu mengarahkan pasukan peronda bertugas ke lokasi kejadian.

“Ketika pihak polis tiba di lokasi, mangsa dan suspek yang dipercayai terlibat telah tiada dan gagal dikesan, namun anggota bertugas telah menemui dua buah kenderaan ditinggalkan dalam keadaan rosak.

“Pemeriksaan lanjut mendapati cermin tingkap kenderaan berkenaan telah pecah serta terdapat kesan-kesan darah di tempat kejadian,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, usaha mengesan saksi dan mangsa yang terlibat dalam kejadian itu sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan.

“Setakat ini motif atau punca kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis mengklasifikasikan kes sebagai kejadian merusuh bersenjata di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd. Ali Hamzah di talian 019-8660324. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI