PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi kisah sedih mengenai arwah ayah tirinya yang meninggal dunia dipercayai akibat mengalami masalah pernafasan telah mendapat simpati orang ramai.
Menerusi perkongsian video oleh @Tasyantekk di laman aplikasi TikTok baru-baru ini, dia berkongsi arwah ayah tirinya telah memasang niat mahu melihatnya menghabiskan pelajaran di peringkat tertinggi tetapi sebaliknya berlaku.
Berdasarkan video berdurasi 22 saat di TikTok, ayahnya itu telah ditidurkan oleh pihak hospital kerana telah mengalami masalah pernafasan yang amat kritikal sehinggakan perlu bergantung pada mesin pernafasan.
“Pukul 5.03 pagi ayah dah ditidurkan kerana pernafasan kritikal dan sekarang dalam percubaan untuk ‘pump dada’ (defibrilator), saluran pernafasan juga sudah dimasukkan, kini berharapkan mesin pernafasan sahaja,” katanya di dalam video.
Susuluan perkongsian video itu, rata-rata pengguna media sosial mengucapkan takziah kepadanya dan ada juga yang berkongsi kisah seperti dilalui oleh wanita tersebut.
“Ayah tiri saya pun baik, tak pernah dijaga ayah kandung tapi dijaga oleh ayah tiri, kasih sayang dia lebih baik apa-apa pun saya mengucapkan takziah kepada awak,” kata @Nrevntsya.
“Ya Allah, tak boleh nak bayangkan situasi macam ini, doakan ayah saya sembuh lawan Covid-19 dan penyakitnya, kini dia di dalam hospital,” ujar @Anisamirahmohamad.
“Saya ayah kandung jaga sekejap sahaja, lepas itu arwah ayah tiri yang jaga dan selepas itu masa saya umur 13 tahun dia dah meninggal dunia. Arwah ayah tiri sangat baik orangnya,” jelas @Shazawardina1676.
Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih 977,700 tontonan dan 135,500 tanda suka di akaun TikTok miliknya – K! ONLINE