fbpx

Tapir betina mati dilanggar kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tapir betina yang ditemukan mati di Jalan Ban Canal - Sekinchan, Sungai Leman, Sekinchan, Jumaat lalu.

SABAK BERNAM – Seekor tapir betina dewasa ditemukan mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Ban Canal – Sekinchan, Sungai Leman, Sekinchan di sini, baru-baru ini.

Haiwan seberat 340 kilogram (kg) itu dijumpai terbaring di tebing terusan Ban Canal, kira-kira pukul 6 petang, Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata,pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima aduan daripada pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Sabak Bernam mengenai penemuan itu.

Seekor tapir dipercayai mati dilanggar

Katanya, pemeriksaan pihaknya kemudian mengesahkan tapir betina itu mati kira-kira 15 meter dari jalan berkenaan.

“Pemerhatian awal mendapati bangkai haiwan itu berada dalam keadaan baik dan tiada kesan tembakan.

“Kita tidak menolak kemungkinan tapir berkenaan tersesat dari Hutan Simpan Sungai Karang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Choon Yung, bangkai haiwan berkenaan diserahkan kepada pegawai veterinar Perhilitan untuk bedah siasat.

“Proses bedah siasat dijalankan pada keesokkan harinya mendapati tapir itu mati disebabkan pendarahan dalaman akibat paru-paru dan jantung yang pecah dipercayai selepas dilanggar kenderaan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya berwaspada memandu bagi mengelak berlakunya kemalangan lebih teruk. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI