fbpx

Bantuan Pencen Rakyat Terengganu mula dibayar Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanafiah Mat

KUALA TERENGGANU – Pembayaran program bantuan Pencen Rakyat yang dikhususkan kepada warga emas berkelayakan di Terengganu akan mula dilunaskan kepada penerima pada Ahad ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkata, bantuan program tersebut yang pertama kali dilaksanakan pada tahun ini akan memberi manfaat kepada 19,230 rakyat negeri ini yang berusia 60 tahun ke atas.

“Semua penerima akan menerima bantuan RM50 sebulan. Pada tahun ini, kerajaan negeri Terengganu memutuskan melakukan pembayaran dari bulan Jun hingga Disember.

“Sehubungan itu, pembayaran Pencen Rakyat pada tahun ini sebanyak RM300 seorang akan mula dilunaskan secara berperingkat mulai 21 November ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Program Pencen Rakyat merupakan salah satu daripada 20 manifesto Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018.

Bantuan itu dikhususkan kepada rakyat Terengganu berusia 60 tahun ke atas yang sudah bersara dan tidak menerima mana-mana bantuan daripada agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

Hanafiah berkata, pembayaran penuh iaitu RM600 setahun kepada penerima terlibat akan mula dilakukan pada tahun hadapan.

Jelasnya, ia selaras dengan peruntukan RM13 juta bagi program tersebut yang telah diumumkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada pembentangan Belanjawan 2022 semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI