fbpx

Anggota polis ditahan tular rakaman suara minta wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GOMBAK – Polis mengesahkan telah membuat satu tangkapan terhadap seorang anggota polis yang dipercayai terlibat dengan rakaman suaranya tular di Twitter berkaitan salah laku pemerasan meminta wang.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, suspek yang ditahan merupakan seorang anggota polis berusia 22 tahun yang bertugas sebagai anggota tugas am di Balai Polis Gombak.

“Siasatan telah dijalankan dan tangkapan juga telah dibuat.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan pemerasan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana – mana dua dari hukuman, jika disabitkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tangkap layar dakwaan laman Twitter tersebut berkenaan seorang anggota polis meminta wang daripada rakannya warga Palestin.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Selasa lalu, lebih kurang 10.40 pagi semasa mangsa bersama bapa mangsa dalam perjalanan ke UIA Gombak telah ditahan oleh anggota polis di Sekatan Jalan Raya di hadapan Sekolah Kebangsaan Gombak Utara, Batu 7, Jalan Gombak, di sini.

“Pemeriksaan lanjut oleh salah seorang anggota polis bertugas mendapati bapa mangsa tidak membawa passport dan hanya menunjukkan gambar passport di dalam telefon bimbit.

“Anggota tersebut dikatakan menerima sejumlah wang bagi melepaskan bapa mangsa daripada mengambil tindakan atas kegagalan menunjukkan passport yang sah,” ujarnya.

Terdahulu, tular beberapa rakaman suara kejadian tersebut apabila telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @Nuratikahrose. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI