TEMERLOH – Sebanyak empat buah rumah dan sebuah kedai musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Batu 1 di sini awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu menyebabkan dua lot bangunan kayu musnah kira-kira 100 peratus.
“Bagaimanapun kejadian kebakaran ini tidak melibatkan mangsa dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa direkodkan.
“Pada masa ini pihak bomba masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian,”katanya di sini hari ini.
Menurutnya seramai 22 anggota bomba dengan lima jentera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 4.17 pagi dan api berjaya dikawal pada pukul 5.10 pagi. – K! ONLINE