PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat melibatkan Pahang dan Sabah.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk ini dijangka berlaku sehingga pukul 8 pagi hari ini.
“Di Pahang kawasan yang terlibat ialah Kuantan dan Pekan.
“Di Sabah melibatkan kawasan Sandakan (Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat),” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, orang ramai perlu berhati-hati dan peka dengan keadaan cuaca terkini – K! ONLINE