fbpx

Deepika Padukone dedah perangai buruk suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEEPIKA PADUKONE bersama suaminya, Ranveer Singh.

PELAKON jelita Deepika Padukone mendedahkan sikap buruk suaminya yang sukar untuk diubah walaupun sudah berkali-kali ditegur.

Ujar bintang Bajiro Mastani itu, suaminya, Ranveer Singh yang juga merupakan seorang pelakon mempunyai tabiat suka membuang masa di dalam bilik air.

“Dia (suami) selalu mengambil masa yang lama ketika mandi. Saya tidak tahu apa yang dilakukannya di dalam bilik air.

“Bukan sahaja ketika mandi, tetapi ketika bersiap, bahkan sewaktu hendak masuk tidur pun dia akan mengambil waktu yang panjang,” kata Deepika.

Selain itu, Deepika turut mendedahkan bahawa Ranveer juga seorang yang kuat makan dan akan menghabiskan segala makanan yang ditinggalkan olehnya.

“Perut dia seperti ‘bakul sampah’. Jika saya tidak habis makan, semua makanan itu akan masuk ke dalam perutnya,” ujar aktres berusia 35 tahun itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI