fbpx

Tunggang kuda ambil pesanan dapat perhatian ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gambar oleh @Twt_Cyberjaya memaparkan penunggang kuda memesan makanan di kaunter pandu lalu didakwa tidak mematuhi SOP mendapat kecaman ramai

PETALING JAYA – “Hanya di Cyberjaya, ‘drive thru’ (pandu lalu) guna kuda sebab kereta dah terlalu ‘mainstream’ (arus perdana)”.

Itulah perkongsian seorang pengguna media sosial di laman sosial Twitter, dia berkongsi beberapa gambar memaparkan sekumpulan individu menunggang kuda di pandu lalu sebuah restoran makanan segera dipercayai di Cyberjaya.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan @Twt_Cyberjaya di Twitter, sekumpulan penunggang kuda itu bertindak memesan makanan di kaunter pandu lalu tetapi perkongsian tersebut mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi tinjaun Kosmo! di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan najis yang ditinggalkan oleh kuda tersebut dan ada juga mengecam tindakan penunggang-penunggang itu kerana didakwa tidak memakai pelitup muka.

Salah seorang pengguna @Erickamail berkata, adakah penunggang-penunggang kuda itu bertanggungjawab membersihkan najis yang ditinggalkan oleh haiwan tunggangan mereka itu.

“Itu ada tahi dekat tempat ambil ‘order’ (pesanan), adakah penunggang-penunggang itu ada rasa tanggunjawab untuk kutip balik semua najis yang ditinggalkan haiwan tersebut? kerana dalam isu ini pemilik yang salah kalau dibiarkan macam itu sahaja,” jelasnya.

Sementara itu, @Kayansnigel berkata, jika motosikal yang buat pesanan mereka akan suruh pesan di dalam kedai tapi individu-individu berkenaan dipercayai tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dibenarkan sahaja ambil pesanan dekat sana.

“Benda paling sakit hati, cuba kalau motosikal yang lalu dekat ‘drive thru’ (pandu lalu) disuruhnya ‘order’ (pesan) dekat dalam sedangkan orang nak cepat. Tetapi individu itu tak pakai pelitup muka boleh sahaja pesan dekat situ,” katanya.

Walaubagaimanapun, difahamkan pengiring kepada penunggang-penunggang tersebut telah membersihkan najis yang ditinggalkan oleh kuda berkenaan.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI